Saturday, April 24, 2010

SGPV (KAPAL PERONDA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA)


Kekuatan Sedia ada Skuadron SGPV Tentera Laut Diraja Malaysia





Penambahan Bilangan kapal SGPV Bacth ke-2 dijangka akan meningkatkan kekuatanTLDM







Sunday, March 7, 2010

Kapal ‘Auxiliary’ TLDM – Bunga Mas 5 & Konsep HANRUH




1. Merupakan kapal dagang pertama yang berfungsi sebagai sebuah kapal 'auxiliary' atau bantuan TLDM.

2. Jalinan strategik di antara pihak awam (MISC) dan ATM dalam merealisasikan konsep Pertahanan Menyeluruh (Hanruh).

3. Penugasan kapal Auxiliary TLDM BM5 (TLDM BM5) di perairan Teluk Aden, Somalia selama hampir tujuh bulan bermula Jun 2009 hingga Feb 2010.

4. Dari segi keupayaan, TLDM BM5 dengan panjang 132.8 meter dan 22.7 meter lebar, mampu beroperasi pada kelajuan lebih 17 knot. Ia dilengkapi hangar bagi menempatkan pesawat Super Lynx dan bot tempur milik TLDM untuk melaksanakan operasi defensif mahupun ofensif.

5. Tiga bulan pertama, TLDM BM5 diletakkan di bawah pemerintahan Komander Ahmad Zaki Abdullah dan krew kedua diketuai Komander Tajuddin Abdul Rahman (29 September hingga 10 Februari).

6. Sepanjang hampir tujuh bulan lebih berada di kawasan operasi, TLDM BM5 berjaya mengiringi 33 konvoi membabitkan 45 kapal dagang milik negara daripada diancam kumpulan lanun.

Tuesday, January 19, 2010

EDISI MILITER : PERTAHANAN MENYELURUH (HANRUH)


  1. Pada edisi awal ini, diterangkan serba sedikit berkaitan dasar yang dilaksanakan oleh negara kita berkaitan dengan aspek pertahanan negara.

  2. HANRUH bermaksud pertahanan menyeluruh. Selain negara kita, konsep ini turut diamalkan oleh beberapa negara lain seperti Denmark, Sweden, Switzerland dan tidak terkecuali Singapura.

  3. Terdapat beberapa persamaan dalam pelaksanaan konsep ini :

  4. Pertama – Objektif HANRUH ialah untuk menghalang peperangan, mempertahankan Negara dan melindungi masyarakat awam.

  5. Kedua – Perlunya mengekalkan kesiapsiagaan yang berterusan serta mempunyai keupayaan untuk membendung sebarang ancaman.

  6. Ketiga – mewujudkan pertahanan yang ‘kredible’ bukanlah merupakan tanggungjawab ATM semata-mata, sebaliknya turut melibatkan sektor awam dan swasta. Terutamanya yang melibatkan penggunaan ‘aset’ dalam mempertahankan negara. Justeru itu, penyelarasan dan penglibatan kedua-dua sector amat dituntut dalam berhadapan dengan sesuatu ancaman.

  7. Keempat – Komponen HANRUH meliputi 5 aspek pertahanan iaitu; Pertahanan Ketenteraan, Pertahanan Sivil, Pertahanan Ekonomi, Pertahanan Sosial dan Pertahanan Psikologi.

  8. Sebagaimana yang telah diketahui, Dasar Pertahanan negara kita adalah berteraskan pembangunan keupayaan dan bukanya berasaskan sebarang bentuk ancaman.
    Pembangunan berteraskan keupayaan atau ‘capability driven’ bermatlamat untuk menjaga kedaulatan dan kepentingan negara.

  9. Rancangan pelaksanaan konsep ini tidak hanya terhad kepada keperluan untuk berhadapan ancaman keselamatan (konflik/peperangan) semata-mata, tetapi ianya perlu meliputi semua cabaran dalam Negara contohnya seperti bencana alam ataupun krisis tenaga.